Posts

Bibir Perokok : Tips Mendapatkan Bibir Merah

Image
Assalamualaikum Beauties! Macam mana puasa harini? Cuaca sekarang agak panas so Kak Jane harap beauties semua minum air putih secukupnya masa berbuka dan bersahur tau! Harini Kak Jane dapat complain dari kawan baik hakak yang geram tengok bibir husband dia. Eppp  bukan geram sebab apa, sebab bibir husband dia terlalu hitam. Bibir perokok lah katakan. Haaaa Kak Jane sure-lah mesti ramai alami masalah sama kan. Nak suruh husband berhenti merokok mengambil masa bertahun untuk pujuk kan, so harini Kak Jane nak share penyelesaian masalah korang semua yang ada husband atau boyfriend perokok yang mempunyai bibir hitam dan kering! MENGAPA BIBIR MENJADI HITAM? Firstly, Kak Jane nak bagitahu dulu kenapa bibir boleh menjadi hitam??? Penyebab utamanya pastilah nikotin. Nikotin merupakan bahan yang boleh merosakkan permukaan kulit bibir sehingga menyebabkan warna asli kemerah-merahan bibir akan mulai hilang. Nikotin menyebabkan penyerapan zat besi berkurang sejurus mengganggu proses pem

Cara Mengatasi dan Merawat Bibir Kering di Bulan Ramadhan

Image
Assalamualaikum dan selamat berpuasa semuanya. Berjumpa lagi dengan Kak Jane dalam entry keempat ni. Amacam sihat tak semua? Dah hampir seminggu kita berpuasa kan? Yang tengah suap anak makan tu jangan tersuap diri sendiri pulak hehe! Kak Jane harini kering betul rasa tekak sebab terlalu penat dan terlajak sahur. Bukan setakat tekak lah, bibir Kak Jane habis pecah-pecah sebab kurang air. Bibir kering ni memang kebiasaanya terjadi dalam bulan Ramadhan disebabkan tubuh mengalami dehidrasi. Mesti korang pun pernah alami benda yang sama kan? Untuk mengatasi dan mencegah bibir kering dan pecah-pecah, minum banyak air putih semasa sahur dan pada waktu malam. Pengambilan buah-buahan atau sayur yang kaya dengan kandungan air juga amat digalakkan. Dalam entry kali ni, Kak Jane nak menerapkan beberapa tips mengatasi bibir kering sekali lagi. TIPS MENGATASI MASALAH BIBIR KERING  1) Elakkan makanan yang terlalu masin dan pedas Makanan yang masin akan membuat mulut dan bibir

Apa Itu Penyakit Kayap?

Image
Hello & Salam beauty untuk si cantik semua! Kak Jane harap semua sihat selalu dan semakin cantik ye. Harini Kak Jane nak ulas topik yang serius sikit lah. Sebabnya baru semalam jiran Kak Jane dok mengadu yang anak buah dia kena kayap dan dia taktau nak buat apa. Kak Jane pun apa lagi, bersuara la hehe. Siap keluarkan entry khas lagi untuk dia dan untuk beauties semua juga. Ha, sebelum tu Kak Jane nak tanya sikit, korang pernah ke dengar pasal kayap ni? Atau dah pernah terkena p enyakit kayap ? APA ITU PENYAKIT KAYAP? Dalam istilah perubatan kayap dikenali sebagai  Herpes Zoster.  Penyakit kayap ini adalah merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini dikatakan mula menghuni di badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh,vir us berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah ia menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf

Aduh jerawat lagi!

Image
"Ishhhhhh apa ni pagi-pagi dah buat spoil mood jerawat seketoi ni. Dah lah harini ada meeting, habis la semua orang tenung jerawat aku!"  Lalu terpaksa lah melalui hari dengan menempel concealer semangkuk untuk cover kehadiran jerawat yang tak diduga tadi. Wanita memang tak dapat lari dari masalah jerawat yang datang disebabkan hormon, persekitaran yang kotor, kurang tidur dan banyak lagi. Jerawat memang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami stress dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Jadi harini Kak Jane nak mengulas sikitlah sebab-sebab kenapa jerawat ni boleh mai secara mengejut atas muka & macam mana juga kita nak mengatasi masalah ni? 5 SEBAB JERAWAT TUMBUH DAN CARA MENGATASINYA 1) Perubahan Hormon  Apabila berlaku perubahan hormon seperti akhil baligh, datang haid mengandung atau lain-lain, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon androgen. Kebiasaanya jerawat akan tumbuh seawal s

7 Punca Bibir Kering & Merekah

Image
Wanita memang sinonim dengan sikap obses kepada kecantikan. Tidak kiralah sama ada kecantikan kulit, muka, mahupun tubuh badan. Semua ni buat kita jadi runsing kan? Sentiasa fikir macam mana nak dapatkan kulit yang flawless , nak tubuh badan menawan, bibir yang mungil dan banyak lagi. Jadi harini Beauty Jane nak fokus pada cerita bibir. Pastinya memang ramai kaum wanita yang ada masalah bibir terlalu kering sampai merekah! Dah merekah tu satu hal, berdarah pula tu. Dah tak pasal-pasal pergi kerja atau ke kelas dengan bibir pucat tanpa lipstick. Sebab apa? Sebab kalau pakai lipstick, masuk dekat celah-celah bibir yang merekah. Bibir rasa pedih dan tak sedap mata orang memandang bila lipstick tu tak smooth  atas bibir. Jadi apa sebenarnya punca bibir kita kering dan merekah ni? Meh sini Kak Jane nak kongsi. Pencemaran udara  Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah. Contohnya apabila kita melawat atau meneta