Apa Itu Penyakit Kayap?
Hello & Salam beauty untuk si cantik semua! Kak Jane harap semua sihat selalu dan semakin cantik ye. Harini Kak Jane nak ulas topik yang serius sikit lah. Sebabnya baru semalam jiran Kak Jane dok mengadu yang anak buah dia kena kayap dan dia taktau nak buat apa. Kak Jane pun apa lagi, bersuara la hehe. Siap keluarkan entry khas lagi untuk dia dan untuk beauties semua juga. Ha, sebelum tu Kak Jane nak tanya sikit, korang pernah ke dengar pasal kayap ni? Atau dah pernah terkena p enyakit kayap ? APA ITU PENYAKIT KAYAP? Dalam istilah perubatan kayap dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap ini adalah merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini dikatakan mula menghuni di badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh,vir us berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imunisasi menjadi lemah ia menjadi aktif semula dan mula menyerang ur...