Aduh jerawat lagi!


"Ishhhhhh apa ni pagi-pagi dah buat spoil mood jerawat seketoi ni. Dah lah harini ada meeting, habis la semua orang tenung jerawat aku!" 


Image result for Jerawat

Lalu terpaksa lah melalui hari dengan menempel concealer semangkuk untuk cover kehadiran jerawat yang tak diduga tadi. Wanita memang tak dapat lari dari masalah jerawat yang datang disebabkan hormon, persekitaran yang kotor, kurang tidur dan banyak lagi. Jerawat memang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami stress dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Jadi harini Kak Jane nak mengulas sikitlah sebab-sebab kenapa jerawat ni boleh mai secara mengejut atas muka & macam mana juga kita nak mengatasi masalah ni?



5 SEBAB JERAWAT TUMBUH DAN CARA MENGATASINYA



1) Perubahan Hormon 


Apabila berlaku perubahan hormon seperti akhil baligh, datang haid mengandung atau lain-lain, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan iaitu hormon androgen. Kebiasaanya jerawat akan tumbuh seawal seminggu sebelum kedatangan haid, semasa ataupun setelah habis haid. Perubahan hormon ini majoritinya terjadi dikalangan umur belasan tahun sehingga 40-an. 

2) Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan emosi stress yang dihadapi. Ini adalah disebabkan oleh penghasilan minyak dan sebum dikulit yang berlebihan. Tekanan juga boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu tekanan fizikal dan tekanan emosi.

3)  Persekitaran dan Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di kawasan bandar, industri yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Bahan kimia dari pencemaran ini tadi menutup liang roma dan menyababkan inflamasi atau radang kemerah-merahan pada kulit. Cuaca yang terlalu panas juga merupakan faktor tumbuhnya jerawat pada kulit. 

4) Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang, makanan dengan MSG yang berlebihan, seafood, makanan bergoreng dan berlemak seperti susu, coklat dan lain-lain dairy products. 

5) Alergik atau Alahan

Alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, krim muka ataupun pencuci muka yang mempunyai bahan kimia yang tidak bersesuaian dengan kulit. Cara pembersihan make up yang tidak rapi juga menyebabkan liang roma tersumbat dan seterusnya mengakibatkan jerawat.


PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

Meh Kak Jane nak share beberapa petua yang ibu Kak Jane selalu suruh amalkan. 


1) Pes Serbuk Kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapukan pada jerawat untuk 10-15 minit dan lakukan 3-4 kali seminggu sehingga hilang jerawat. 



2) Jus Lemon

Perahkan jus lemon dan gunakan bebola kapas untuk tekap jus pada jerawat selama 20 minit dan kemudan bilaskan. Lakukan 2-3 kali sehari untuk kesan yang cepat. Sedikit pedih pada kulit tapi hasilnya memberansangkan!


3) Ais

Letakkan ais di atas jerawat selama 10 minit. Ia mampu membantu mengecilkan jerawat dengan cepat kerana ais dapat meredakan radang pada kulit.



Ini merupakan tips dari ibu Kak Jane yang sering diguna pakai dalam keluarga tapi sejak-sejak dah sibuk dengan kerja, Kak Jane rasa leceh pula nak ikut petua bila jerawat tumbuh. 

Alhamdulillah syukur sangat sebab Kak Jane jumpa Nur'Asia Magic Lipstick Collagen yang mampu merawat masalah jerawat kurang dari 3 hari!! Lega sungguh la Kak Jane sebab memang selalu bawa lipstick ni kemana-mana dalam handbag. Sebab dah selesa dekat bibir kan. Jadi lepas solat di tempat kerja, senanglah Kak Jane nak sapukan sedikit lipstick ni atas jerawat tadi semula. Tak payah susah-susah lagi guna petua dah lepas ni. Phew! Lega sungguh la ada Nur'Asia Magic Lipstick Collagen! 



Nak tau mana nak dapatkan Lipstick Magic ni? Kalau nak dapatkan Lipstick Collagen Pro Injection dari Nur'Asia ni, boleh like Official Facebook Page Nur'Asia place your order now! Gadis-gadis beauty dari Malaysia dan Singapura boleh whatsapp di +60128222839 untuk order. Untung berganda tau beli Lipstick ni! Terlalu banyak kebaikannya. Nak tau lebih banyak benefit menggunakan Lipstick Magic ni, boleh rujuk entry Kak Jane yang sebelum ni.

Sampai jumpa lagi dalam next entry ye. Salam beauty dari Kak Jane! ♥♥♥♥♥



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Penyakit Kayap?

Bibir Perokok : Tips Mendapatkan Bibir Merah

7 Punca Bibir Kering & Merekah