Bibir Perokok : Tips Mendapatkan Bibir Merah

Assalamualaikum Beauties! Macam mana puasa harini? Cuaca sekarang agak panas so Kak Jane harap beauties semua minum air putih secukupnya masa berbuka dan bersahur tau! Harini Kak Jane dapat complain dari kawan baik hakak yang geram tengok bibir husband dia. Eppp  bukan geram sebab apa, sebab bibir husband dia terlalu hitam. Bibir perokok lah katakan. Haaaa Kak Jane sure-lah mesti ramai alami masalah sama kan. Nak suruh husband berhenti merokok mengambil masa bertahun untuk pujuk kan, so harini Kak Jane nak share penyelesaian masalah korang semua yang ada husband atau boyfriend perokok yang mempunyai bibir hitam dan kering!


MENGAPA BIBIR MENJADI HITAM?

Firstly, Kak Jane nak bagitahu dulu kenapa bibir boleh menjadi hitam??? Penyebab utamanya pastilah nikotin. Nikotin merupakan bahan yang boleh merosakkan permukaan kulit bibir sehingga menyebabkan warna asli kemerah-merahan bibir akan mulai hilang. Nikotin menyebabkan penyerapan zat besi berkurang sejurus mengganggu proses pembentukan haemoglobin darah yang menyebabkan bibir menjadi semakin hitam. Merokok juga menyebabkan dehidrasi yang membuat kulit menjadi kering dan bibir akan mula membiru. Kelama-lamaan, bibir yang membiru tadi akan berubah menjadi hitam dan kering. 

TIPS MENGATASI MASALAH BIBIR HITAM KERANA MEROKOK


MADU


Seperti yang Kak Jane kongsikan dalam entry sebelumnya, madu memang terlalu banyak khasiatnya, selain daripada melembabkan kulit bibir, ia juga mampu meremajakan warna bibir seperti sedia kala sekiranya kita menjadikan sebagai rutin harian. 

SKRUB ATAU EXFOLIATION

Cara ini sangat sederhana untuk pengelupasan bibir anda. Anda boleh menggunakan petroleum jelly (Vaseline) atau minyak zaitun untuk melembabkan bibir dan gunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok bibir. Lakukan selama 3-4 minit dan kemudiannya lap dengan menggunakan air suam. 


GULA DAN LEMON




Lemon membantu mengubah warna bibir anda dan memelihara kulit bibir agar tetap lembut dan mungil.  Cara membuatnya ialah, ambil satu sudu besar madu dan jus lemon kemudian gaulkan dan sapukan di atas permukaan bibir. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air suam. Lakukannya 2 kali seminggu untuk hasil terbaik. 

Korang semua boleh la cuba tips ni nanti dekat rumah k! Tapi kalau nak senang dan cepat, hehe Kak Jane ni memang selalu nak shortcut je! So Kak Jane memang setia dan sentiasa bawa ke mana-mana lah Nur'Asia Magic Collagen Pro Injection. Lipstick ni memang sangat friendly dan ada banyak sangat benefit. Nak mendapatkan warna bibir yang asli kemerah-merahan memang mengambil sedikit masa lah, tapi pasti akan dapat warna bibir ni semula dengan menggunakan Nur'Asia Magic Lipstick Collagen sebab lipstick ni mengandungi kolagen marin. Tau tak apa itu kolagen Marin?

Kolagen marin
merujuk kolagen yang diperoleh daripada sumber-sumber laut terutama ikan laut dalam seperti ikan kod dan ikan yu. Kolagen diambil daripada sisik, tulang dan kulit ikan. Di Jepun, kolagen digunakan selama bertahun-tahun sebagai bahan tambahan semulajadi kerana  ia mempunyai pelbagai manfaat, termasuk untuk kesihatan tulang-tulang dan kulit.

Kelebihan kolagen marin ialah ia tidak berbau dan tanpa rasa dan dianggap bahan yang selamat. Produk Nur'Asia menggunakan kolagen marin yang terpilih untuk memastikan pengguna selesa dengan pemakaian produk.



Dengan adanya kolagen dalam Magic Lipstick, ia mampu mepercepatkan lagi proses pemulihan bibir. Kalau nak dapatkan Lipstick Collagen Pro Injection dari Nur'Asia ni, boleh like Official Facebook Page Nur'Asia & place your order now! Bukan sahaja di Malaysia, si cantik manis dari Singapura pun boleh dapatkan produk ni sebab pengasas produk, Don Aiman Untung Berganda dah melebarkan sayap perniagaannya di negara jiran. Boleh whatsapp di +60128222839 untuk order. Jom la lekaih order? Kak Jane harap dapat selesaikan masalah bibir husband korang yang hitam sebab merokok tu ye. Btw, selamat berbuka puasa beauties!


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Penyakit Kayap?

7 Punca Bibir Kering & Merekah